Negara Terkecil Ini Hanya Berpenduduk 27 Orang

Meskipun Niue mempunyai pemandangan yang cantik, pelancong tidak popular di situ. Ini menyebabkan negara tersebut sangat bergantung kepada bantuan

Penulis: Amirullah | Editor: Amirullah

Republik Palau

Republik Palau

REPUBLIK PALAU Terletak di bagian barat Lautan Pasifik, Republik Palau terdiri dari kira-kira 340 pulau dengan luas keseluruhan kira-kira 466 kilometer persegi.

Pulau yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi ialah Koror. Ibu negara Palau ialah Ngerulmud yang terletak di Pulau Babeldaob di negeri Melekeok.

Negara tersebut berkongsi dengan maritim Indonesia, Filipina dan Negeri Bersekutu Mikronesia. Populasi negara adalah seramai 21,291 orang, mengikut Bank Dunia pada 2015.

Pendatang dari Filipina dikatakan yang pertama membina penempatan di Palau kira-kira 3,000 tahun dahulu dan gugusan kepulauan tersebut didiami oleh populasi Negrito sehingga 900 tahun lalu.

Orang Eropa menjelah kepulauan tersebut pada kurun ke-16 dan dijadikan sebahagian Hindia Timur Sepanyol pada 1574.

Menyusul kekalahan Spanyol dalam Perang Spanyol-Amerika pada 1898, kepulauan tersebut dijual kepada Imperial Jerman pada 1899 dan ditadbir sebagai sebahagian German New Guinea.

Semasa Perang Dunia Pertama, Palau ini diambil alih Jepang dan dijadikan sebagai Mandat Pasifik Selatan. Selepas kekalahan Jepang dalam Perang Dunia Kedua, Palau dijadikan sebagai sebahagian koloni Amerika Syarikat (AS) pada 1947.

Negara tersebut memperolehi kemerdekaan pada 1994. Palau menggunakan mata wang dolar AS sebagai mata wang rasminya dan disebut sebagai greenback.

Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di
AA

Berita Terkini

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved